perlukan anda :)

Saturday, August 14, 2010

mata berkedip-kedip dengan sendiri :)

salam ,

cik srijuju kembali . ok , entry kali ini . seperti title di atas . pernah rasa keadaan sedemikian ? oh ye , ade orang kate . bila berlaku mata berkedip dengan sendiri nya . ade yang percaya mungkin something akan berlaku . ade jugak kate ade orang yang rindu . haha . keadaan sebegini banyak salah faham nya . dari unsur islam . memang tidak ade petanda sedemikian . tapi , kalau dari kajian saintifik . insyaAllah , bole memahamkan diri anda semua .

Dari segi saintifiknya, pergerakan hujung mata tu dipanggil "fasciculation". Ia bermaksud pergerakan luar kawalan beberapa fiber otot tertentu, atau dalam kes cik/encik ohbanana ini, otot kelopak mata.

"Pergerakan" itu biasanya dalam bentuk denyutan, dan tak semestinya terjadi pada mata sahaja. Mungkin di antara kita pernah merasai, sama ada di kelopak mata, mahupun di pipi, di ekor mulut, kening dsb.

Ini kerana secara biasanya, keadaan ini bukanlah keadaan yang berpenyakit serius. Keadaan ini dinamakan "benign fasciculation syndrome"

Antara penyebab yang paling utama:

  • - Kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya Magnesium.
  • - Kekurangan air dalam badan (dehydration)
  • - Kepenatan melampau (exhaustion)
  • - Bahan makanan (caffeine di dalam kopi)
  • - Bahan kimia di tempat kerja (benzene, baja organic dll)
  • - Ubat-ubatan tertentu (inhaler asma, dll)

Pun begitu, sekiranya keadaan ini benar-benar mengganggu dan/atau diiringi oleh simtom-simtom lain seperti sakit, kebas dsb, adalah sangat disyorkan untuk berjumpa doktor atau doktor pakar. Pakar yang boleh membantu dalam situasi ini adalah pakar neurologi ;)

bagi mengelakkan ini terjadi kita boleh :
  • meningkatkan sumber Magnesium sama ada berbentuk vitamin/supplement tambahan mahupun makan lebih banyak sayuran hijau.
  • dinasihatkan agar menjauhi rokok dan kopi, atau bahan-bahan yang dirasakan mungkin menjadi penyebab.
  • Elakkan dari menjadi terlalu penat, secara fizikal mahupun mental, dan amalkan minum banyak air.
kita perlu dibezakan ya antara "fasciculation" dengan satu lagi keadaan, dipanggil "tics".

  1. Tics, melibatkan keseluruhan otot yang berkaitan. Fasciculation pula, hanya melibatkan beberapa fiber sahaja dari keseluruhan otot tersebut.
  2. Manakala kalau hanya melibatkan hujung kelopak mata, atau lebih tepat kita sebut sebagai "berdenyut-denyut", itu adalah fasciculations.

Walaubagaimanapun, dari segi klinikalnya, srie rasa takde beza sangat kot. Especially untuk laymen. Huhu. Tak kisahlah tics atau fasciculations, jikalau mengganggu sangat atau diiringi dengan tanda2 lain seperti sakit, kebas dsb, sila rujuk doktor ye.

2 comments:


ShoutMix chat widget
Design ByBudakNakal